Thursday, December 27

islam will online 24/7


 pernah tengok cerita tarzan? lelaki yang duduk dalam hutan tuh.. pernah kan? dalam cerita tu ade part bagitau yang islam akan tetap menang di bumi Allah~

cerita dia sebenarnya macam ni.. dulu mak ayah tarzan ni pengembara...pastu tersesat dalam hutan... masa duduk dalam hutan tu mak ayah tarzan kene serang ngan harimau... mati la..harimau tak perasan tarzan sebab ayah tarzan dah nyorok kan..jadi.. tinggal la tarzan ni sorang2... then.,  ade sekor gorilla betina datang kat tempat tarzan disembunyikan.sebab dengar tarzan menangis... then, she adopted him... hidup tarzan ni lame ngan gorilla dalam hutan.... semua yang gorilla buat dia buat jugak..jalan macam gorilla, makan pon macam gorilla. sebati punye pasal ...sampai dia mengadu kat mak dia... yang dia ni CACAT !.. dia tak ade bulu tapi kawan2 dia semua ada bulu...jari tarzan ada lima..tapi gorilla yang lain ada 4 je... and macam2 lagi la..

satu hari..ade manusia lain masuk hutan tuh..pastu tarzan dapat jumpe sorang pompuan, Jane (macam ni kot eje name) .... pastu jane ngan tarzan bercinta... ( :p weeeekk! ) .. urmm .. n then, jane nak bawak tarzan pergi tempat tinggal dia... tapi ayah jane cakap.. "macam mane nak bawak tarzan ni? dia jalan pon macam gorilla....... "  jane cakap ape??
" tak ape.. walaupun dia hidup dah lama dengan gorilla.. dalam diri dia tetap manusia..dan saya yakin dia boleh berubah jadi manusia"
nak cerita ape sebenarnya kat sini? yes~ kalau dia manusia... ajar dye bwat macam mane pun...dye tetap akan jadi manusia.... sama macam islam.... ALLAH jadi kan islam agama fitrah... memang fitrah manusia untuk islam... jadi... dia disesatkan macam mana pun..kalau dia dibacakan ayat al-Quran... dia akan kembali kepada jalan Allah s.w.t .....Allahuakbar~! this say what? islam akan menang...



tapi.. tak kan nak duduk goyang kaki je? amboi... banyak cengkodok... berjuang la untuk agama...
"barang siapa yang menegakkan agama Allah... maka Allah akan bagi pertolongan"
kalau risau bila berjuang ke jalan Allah akan kene tembak atas kepale... siapa yang menguruskan hal hidup dan mati? kalau risau harta akan dirampas kesemuanya... siapa yang bagi rezeki?  tak semestinya berjuang di jalan Allah kene masuk perang... semua bende yang berkaitan menegakkan agama Allah..termasuk tulis blog nak sebar ilmu ( hehehe ^.^ ) juga termasuk berjuang untuk agama... kan? ( ye la .. ingat senang ke nak tulis blog ni?? demam seminggu tau.. haha) ... tapi niat kene betul jugak..
"jihad paling besar ialah jihad melawan diri sendiri (nafsu)"





so readers....  dakwah tak susah bile tau yang islam memang ade dalam diri sesiapa je.... kan? betol... gosok gigi pon dikire dakwah jgak tau... suatu amalan yang baik...orang lain tengok dan ikot... dakwah le tuh~~ in syaa Allah tak susah.. let us.. to the jannah ~



Monday, December 3

kalau Tuhan tu baik, nape DIA ciptakan NERAKA?

kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.



Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."