Friday, July 12

mencapai puncak keberanian dengan mendaki gunung ilmu


" jika kamu inginkan dunia.. maka hendak lah dia berilmu..jika kamu hendakkan akhirat maka hendaklah kamu beilmu... dan jika kamu hendakkan kedua2nya (dunia dan akhirat) hendak lah kamu berilmu "

 hadith kat atas ini nak sebenarnya nak bagitahu yang kalau kita nak apa2 pon.. kita kene ada ilmu...ilmu ni terbahagi kepada dua jenis...

1) ilmu yang kita belajar dari orang lain (pengetahuan)
2) ilmu yang ditimba dari persekitaran (pengalaman)

tak payah la kot membahaskan dua2 perkara ni..sebab nanti panjang sangat... okeyh..lets stress on the main topic.. hehe

sebenarnya.. ada satu hari tu datang seorang akhi ( saudara ) ni jumpa saya.. pastu dia tanya soalan yang saya sendiri tak tau nak jawab...

" bang.. macam mane nak komfiden bile cakap kat depan orang ramai huh?.. malu r.. nak nye ramai pulak awek2 cun..hah.. silap la.. lagi tak de suara yang berani keluar dari kerongkong ni "

terdiam la saya..haih~ apa nak bagi jawapan kat budak ni.. lama punya fikir.. teringat pulak dulu2 saya pernah tanya bende yang sama kat kawan saya... haha.. jadi jawapan yang sama la keluar...

"ermm..tak pasti la... abang pon bukan komfiden sangat pon bile cakap kat depan.. tapi akhi nak tahu tak.. ade satu bende yang abang perasan pada waktu2 tertentu dan menimbulkan persoalan... hari tu abang abang ade sekali pernah dengar khutbah jumaat kat surau taman abang... semangat dia sumpah lain macam.. abang sampai nak tido tak boleh tido! sebab khusyuk mendengar khutbah khotib ni.. rasa nak tahu la macam mana dia boleh cakap sampai nak pecah speaker, semangat gila..sampai abg excited dengar ape yang dia sampaikan.. jadi abg tak semene-mene perhatikah setiap pergerakan khotib tu,,, apa yang abang sedar... muka dia penuh dengan komfiden..tapi tangan dia tak berhenti mengeletar.. nervous ..pelik kan?  abang sebenarnya nak cakap mungkin la.. mungkin..sebenarnya bila nak cakap kat depan tu.. kadang2 nervous tu tak boleh nak buang.. tapi apa yang penting kita mesti yakin dengan diri kita, dengan apa yang kita nak sampai kan... dan yakin pendengar akan menerima apa yang kita nak sampai kan........"

"....... abang pernah jugak dengar ..dengan menambahkan ilmu... kita 'kal asad' (berani) "

ye la.. kalau korang nak cakap atau menerangkan bende yang korung dah tahu.. apa yang korunk nak takot kan...kan??

contoh lain: .......   bayangkan tsunami disytiharkan akan melanda kita 10 minit je lagi..dan kita dah tak ade masa nak lari... waktu tu plak gegaran ombak besar dari laut dah terasa.. grrrrrrr ... macam gempa bumi *okey.. mesti susah nak bayang kan.. tak ape.. tp.. mesti ramai yang lari.. ramai lagi yang mencari tempat untuk bersembunyi... ramai jugak yang menjerit2... melalak2...menangis dan sebagainya... macam tu la selau nya keadaan manusia bila tahu tarukh kemusnahan hidup dia.... kenapa jadi macam ni??? sebab diorang tak nak mati la... kenapa tak nak mati?? sebab dioran tak tahu ape itu mati... diorang tak pernah rasa.. orang yang dah mati sebelum ni pon tak sempat nak ajar orang yang hidup tentang kematian kan... jadi.. manusia yang hidup bila tak ada ilmu tentang kematian... maka hilanglah takut lah dia....

kita sepatutnya ingat yang nabi juga menghadapi kematian... malaikat pencabut nyawa datang sendiri jumpa nabi cakap yang dia akan menempuhi kematian... kalau kita la.. datang seorang lelaki baju putih..mengaku dia malaikat izrail yang datang untuk cabut nyawa kita... tak gila ke kita?? tapi nabi Muhammad tak gentar sedikit pon... sempat soal jawab lagi..  sebab apa? sebab ilmu penuh dalam dada... bila rasel Allah ini tahu apa yang dimaksudkan dengan kematian..dan apa yang bakal ditempuh di alam kematian... jadi ada ke nabi menjerit2 minta tolong? ada ke nabi halau malaikat izrail? tak.. dia tenang dan berani hadapi segala2nya....

hebatnya kuasa ilmu........ let us seek 4 knowledge... for Allah... and only for Allah... wAllahu a'lam.....