Thursday, April 9

Wahai hati, di manakah kamu?




assalamualaikum w.b.t.

" dan andaikata kamu tidak dapat mencari ketenagan pada zikir, maka kamu tidak akan mendapat ketenangan di mana mana."
 Allahu rabbi..

adakah anda pernah merasakan bahawa Allah tidak lagi memandang diri anda? jika ya.. maka kita serupa..
jika tidak.. maka mari saya ceritakan bagaimana perasaannya...

pada satu hari.. saya nak buat checkup.. ada tak bahagian tubuh saya yang tidak berfungsi dengan baik.. jadi saya tutup mata...dan saya mula mengira..

"telinga? ..... ada"
"mata?...... ada"
"hidung? .... ada"
"hmmm.. mulut? .... ada"
"tangan? kaki? jari- jemari?? .... Alhamdulillah ada"
"hati? ........."
"eh..... hati??............. hati?"

 ya.. begitulah... hati adalah satu bahagian tubuh badan yang tak dapat nak dilihat dengan mata kasar.. selalunya.. hati ini dapat dirasakan kehadirannya melalui perasaan.. ketenangan... kebahagiaan... dan yang paling penting... takut...



takut kepada Allah..



tapi.. perasaan saya sekarang ini... ingin sekali dikongsi.. kerana sekali kamu dapat merasakan ketenangan didalam hati.. kamu tidak akan sekali kali ingin melepaskan ia pergi..dan dengan ikhlas sepenuh hati saya katakan kepada anda semua.. tolong .. jangan lepaskan ketenangan hati yang kamu miliki...

ketenangan adalah kunci kebahagiaan hidup.. satu hadiah yang Allah tak kasi kat semua orang.. ia merupakan satu suntikan yang paling mulia.. yang paling mahal.. dan yang paling bermakna bagi sesiapapun.. (untuk sesiapa yang pernah menangis di dalam solat.. anda pasti akan faham)... susah nak gambar... susah nak tukarkan perasaan itu kepada perkataan yang orang boleh faham.. tapi percayalah... hidup ini jika disuntik dengan ketenagan... maka tak ada satu benda pun yang boleh membuatkan kita sedih..

tetapi masalahnya sekarang adalah.. tidak ada lagi ketenangan dalam diri saya ini.. saya tahu yang iman manusia biasa seperti saya akan sentiasa naik turun... mungkin ini adalah masa di mana iman saya berada di dasar.. namun.. saya tidak dapat menerima keadaan saya seperti ini..

tahukah anda saya sudah cuba sedaya upaya untuk meningkatkan iman saya... tasbih tak pernah lengah berputar ditangan... solat sunat... pergi ke masjid.. duduk di dalam taman syurga Allah.. semua saya sudah lakukan dengan tujuan saya dapat mengapai tahap iman yang lebih tinggi.. ( bukan untuk riak.. astaghfirullah).. tetapi... masih... saya tidak dapat merasakan apa-apa perubahan... mungkin ia lebih teruk..

saya adalah seorang yang percaya bahawa setiap perkara yang berlaku merupakan cara Allah berkomunikasi dengan hamba-hambanya... mesti ada yang Allah ingin sampaikan.. dan mesti ada hikmahnya.. kebelakangan ini, saya sentiasa tersangkut dalam alfatihah sewaktu solat.. setiap rakkat pula tu.. pelik bukan... saya berasa sangat pelik.. Alfatihah sepatutnya menjadi ayat yang saya boleh baca walau tak perlu untuk fokus dalam solat.. (tu kalau tak khusyuk maksudnya.) .. ya.. walaupun saya kadang kadang tidak khusyuk dalam solat.. alfatihah akan pasti lancar dibaca.. namun tidak kali ini.. dan setiap kali tersangkut.. ia tersangkt pada ayat yang sama.. yang menyebabkan saya mengulangi ayat tersebut berulang-ulang kali sehingga lah saya berjaya untuk khusyuk dan melanjutkan bacaan saya..

dalam hati saya... saya berkata..
"aku tahu Allah nak bagitahu something... tapi ape?"
 saya perhatikan ayat yang saya seringkali tersangkut..
 "hanya Kamu yang kami sembah.. dan kepada Mu kami meminta pertolongan"
 selepas beberapa hari menelaah.. it still dont make any sense... saya tidak dapat menghubungkaitkan masalah yang saya ada dengan ayat tersebut kecuali sedikit... apa yang Allah nak sampaikan sebenarnya..hmmm..

petang tadi. selepas melihat satu video dalam facebook (dengan izin Allah).. barulah saya faham apa sebenarnya yang sedang berlaku.. rupa-rupanya bukan Allah ingin saya membaca ayat keempat surah alfatihah berulang-ulang kali.. tetapi Allah bagai tidak membenarkan saya membaca ayat yang seterusnya..

" tunjukilah kami jalan yang lurus"

Allahurabbi,...ini adalah doa untuk memohon hidayah.. ayat yang memohon ketengan hati saya dapat dikembalikan.. saya sangat sedih.. bukan sahaja kerana berasa Allah sedang memandang diri saya ini dengan hina..  malah saya dapat rasa semua ini berlaku atas dosa dan maksiat yang saya lakukan.. :'(

saya insaf.. dan saya memohon keampunan kepada Allah.. semoga Allah menghapuskan dosa-dosa saya dan para pembaca..

kepada semua pembaca.. saya dengan rendah hati memohon agar anda semua memohon keampunan kepada diri saya ini.. dan .. saya amat berharap agar pembaca akan sentiasa berada di bawah naungan dan rahmat Allah..