Monday, May 27

dedicated to si fulan yang susah nak berubah.

assalamualaikum..hari tu ade borak2 sikit ngan kengkawan... pastu dia cerita pasal sorang hamba Allah ni.. try nak berubah .. tapi sebab beberape faktor tertentu.. perubahannya stop tengah jalan.. dan patah balik kepade yang asal... hadoii... tak boleh nak kate ape la... sebab hidayah bukan kita yang punya..

biasa dengar berita macam ni tak?
"changkat jering: seorang lelaki dipercayai lemas jam 8 pagi semalam. sementara itu, si ibu berkata, anaknya tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara sebelum menempuh tragedi malang itu. namun menurut jiran tedekat, arwah baru sahaja dilihat datang solat subuh berjemaah selepas sekian tahun lamanya beliau tidak berbuat demikian"

sebuah persoalan yang perlu dirungkai, mengapa orang susah untuk membuat perubahan? seperti berita di atas, apabila si arwah membuat perubahan dalam kehidupan, kata2 yang keluar daripada mulut masyarakat ialah
"dia dah buang tabiat agaknya"

tak adil kan? perubahan sikap menjadi bahan perbualan kepada perkara yang berlaku.susahnya kalau nak berubah kalau begitu reaksi masyarakat.

sebuah kajian telah dilakukan mengenai faktor kegagalan pelajar2 di univesiti havard. hasil kajian mendapati hanya 7% punca kegagalan disebabkan oleh masalah kekurangan ilmu, kemahiran, dan maklumat. nammun begitu, masalah sikap menyumbang sebanyak 93%  kepada punca kegagalan mereka.

percaya atau tidak, sikap memang susah diubah, tapi itulah perkara utama yang perlu diubah sebelum memperbaiki masalah minor lain.

 ramai orang lain meletakkan orang lain sebagai faktor perubahan dirinya. cuba kita lihat kisah si kurus bangau yang menyalahkan ikan kerana tak timbul sehingga menyebabkan haiwan dalam kumpulan burung itu sentiasa kurus. ikan pula mempertahankan dirinya tidak bersalah dengan mengatakan pada sang rumput yang tumbuh panjang di permukaan air. rumput pula dengan senang hati menyalahkan sang kerbau.. apabila dicari lagi puncanya, kisah panjang itu berakhir dengan kesimpulan ularlah punca segala2nya..

LETIH~

"kami lambat sebab naik kereta kancil je. nanti dapat toyota vios, insyaAllah samoai awal"
 "pelajaran saya merosot sebab tugasan persatuan yang terlalu banyak"
"saya tidak mungkin berubah kalau suami saya begini sikapnya. dia ketua keluarga!!"
"orang atasan perlu berubah dulu, kami akan ikot serta menyokong slogan itu"
ok setelah pengurusan syarikat menukar kereta vios, yang lambat tetap lambat.....
kali ini tiada lagi alasan. alasan jalan sibuk tak mungkin diberi kerana waktu perjalanan masih boleh diatur. akhirnya salah siapa sebenarnya? si ikhwah pula memberi alasan tugasan dakwah melambak kepadanya. apabila tugasannya dikurangkan dan diberi kepada orang lain, tiada jugaperbaikan pada PNGK semester itu. bukan salah tugasan kan?..yang memberikan alasan suami dan ketua syarikat sebagai faktor perubahan diri mereka , tetap selamanya kecewa kerana tak ada perubahan dapat dibuat..

"berhentilah menyalahkan faktor sekeliling.faktor warna kulit, ketinggian , jiran kita dan sewaktu dengannya tidak daapt diubah..kita tidak mampu merubah orang lain.namun kita masih mampu merubah diri kita"..sikap kita.."

#diambil dari sinergi edisi 9

btw, tak ade siape yang nak jadi jahat.. semue nak jadi baik.. dari lahir.. nabi gambarkan bayi tu sendiri seakan kain putih.. kalau anda mengaku diri anda nak kan kejahatan... itu semue dusta.. kebohongan terhadap diri anda sendiri sebenarnya..