Thursday, December 27

islam will online 24/7


 pernah tengok cerita tarzan? lelaki yang duduk dalam hutan tuh.. pernah kan? dalam cerita tu ade part bagitau yang islam akan tetap menang di bumi Allah~

cerita dia sebenarnya macam ni.. dulu mak ayah tarzan ni pengembara...pastu tersesat dalam hutan... masa duduk dalam hutan tu mak ayah tarzan kene serang ngan harimau... mati la..harimau tak perasan tarzan sebab ayah tarzan dah nyorok kan..jadi.. tinggal la tarzan ni sorang2... then.,  ade sekor gorilla betina datang kat tempat tarzan disembunyikan.sebab dengar tarzan menangis... then, she adopted him... hidup tarzan ni lame ngan gorilla dalam hutan.... semua yang gorilla buat dia buat jugak..jalan macam gorilla, makan pon macam gorilla. sebati punye pasal ...sampai dia mengadu kat mak dia... yang dia ni CACAT !.. dia tak ade bulu tapi kawan2 dia semua ada bulu...jari tarzan ada lima..tapi gorilla yang lain ada 4 je... and macam2 lagi la..

satu hari..ade manusia lain masuk hutan tuh..pastu tarzan dapat jumpe sorang pompuan, Jane (macam ni kot eje name) .... pastu jane ngan tarzan bercinta... ( :p weeeekk! ) .. urmm .. n then, jane nak bawak tarzan pergi tempat tinggal dia... tapi ayah jane cakap.. "macam mane nak bawak tarzan ni? dia jalan pon macam gorilla....... "  jane cakap ape??
" tak ape.. walaupun dia hidup dah lama dengan gorilla.. dalam diri dia tetap manusia..dan saya yakin dia boleh berubah jadi manusia"
nak cerita ape sebenarnya kat sini? yes~ kalau dia manusia... ajar dye bwat macam mane pun...dye tetap akan jadi manusia.... sama macam islam.... ALLAH jadi kan islam agama fitrah... memang fitrah manusia untuk islam... jadi... dia disesatkan macam mana pun..kalau dia dibacakan ayat al-Quran... dia akan kembali kepada jalan Allah s.w.t .....Allahuakbar~! this say what? islam akan menang...



tapi.. tak kan nak duduk goyang kaki je? amboi... banyak cengkodok... berjuang la untuk agama...
"barang siapa yang menegakkan agama Allah... maka Allah akan bagi pertolongan"
kalau risau bila berjuang ke jalan Allah akan kene tembak atas kepale... siapa yang menguruskan hal hidup dan mati? kalau risau harta akan dirampas kesemuanya... siapa yang bagi rezeki?  tak semestinya berjuang di jalan Allah kene masuk perang... semua bende yang berkaitan menegakkan agama Allah..termasuk tulis blog nak sebar ilmu ( hehehe ^.^ ) juga termasuk berjuang untuk agama... kan? ( ye la .. ingat senang ke nak tulis blog ni?? demam seminggu tau.. haha) ... tapi niat kene betul jugak..
"jihad paling besar ialah jihad melawan diri sendiri (nafsu)"





so readers....  dakwah tak susah bile tau yang islam memang ade dalam diri sesiapa je.... kan? betol... gosok gigi pon dikire dakwah jgak tau... suatu amalan yang baik...orang lain tengok dan ikot... dakwah le tuh~~ in syaa Allah tak susah.. let us.. to the jannah ~



Monday, December 3

kalau Tuhan tu baik, nape DIA ciptakan NERAKA?

kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.



Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."


Wednesday, November 28

Masa Itu Emas?



selalu kita dengar orang2 ckp...yang masa ini sangat berharga.. hehe.. ya... sangat tidak dinafikan.. rasa macam kalau boleh lah satu hari tu nak lebih dari 24 jam.. nak satu minggu tu lebih dari 7 hari... nak dalam satu tahun lebih dari 12 bulan.. ..... betul tak?   saya nak tanya satu soalan...macam mana boleh terciptanya ayat "tolong hargai masa" ? kenapa perlu hargai eh?... yes~ sebab kita semua tahu yang masa itu sangat singkat..dan kalau kita bazirkan... akan rugi sangat2..orang kata...
"MASA ITU EMAS"

masa itu emas? betul ke masa itu emas?? maaf... masa itu emas     masa itu bukan emas.... saya dari kecil dengar ucapan ni..saya cuba mencari kebenaran kata2 ini....malangnya... kalau saya ada segunung emas pon....saya tak tahu kat mana ada jual masa..saya tak tahu siapa yang boleh jual masa kepada saya..saya tak tahu nak cari kedai yang ada stock yang boleh bawak saya balik walau satu saat kebelakang...jadi...kita sebagai umat islam... menganggap masa lebih dari itu... dari sudut islam...
"MASA ITU NYAWA"
aik? nyawa?? hehe.. keliru ke? maaf la... masa... setiap yang telah berlalu..tak akan kembali.... nyawa......setiap yang berlalu tak akan kembali... jadi... MANA BEZANYA????  saya seru kepada semua sahabat..rakan..saudara2.... tolong lah.... tolong sangat2......................... jangan buang nyawa anda.... jangan biarkan nyawa anda dibazirkan... guna lah sebaik mungkin.... facebook tak salah., game tak salah, televisyen tak salah...yang salahnya ialah anda kerana menggunakannya dengan cara yang lalai....anda lupa kepada masa!!! anda lupa kepada nyawa anda!! alpa dan leka...dibuai rasa asyik kepada dunia yang fana, sementara...tiada faedah tiada berguna.....kkk...stop ==" #ape la yg merepek ni...mcmbuatsajak....hahaha...



orang cakap.... semakin lama hidup...semakin dekat kita dengan kubur... jadi... nak ke kita mati dalam keadaan yang kotor,busuk,tak suci,hina, utk bertemu Yang Maha Esa? berjumpa denganNya membawa tangan yang kosong? tak malu ke nanti?? fikir la adik abang...nak tunggu kiamat baru na taubat?? sorry la saya cakap...sumpah tak sempat... renung2kan lah.. hidup hanya sekali... jauhkan diri dari perbuatan yang keji...kepada Allah kita dekatkan diri... moga2 bertemu di syurga nanti #pantunplak==...hadoi...  hahhahaha...

Monday, November 26

berbaloi ke?




kehadapan semua readers yang sedang membaca entry ni.. saya nak buat satu pengumuman....


kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat wang tunai sebanyak RM 300 per minit.... anda hanya perlu hubungi saya... saya tak tipu... sumpah saya akan bagi RM 300... kalau nak up kan lagi pon tak apa... ini bukan skim cepat kaya... saya tak buat perkara2 seperti itu... cuma. terdapat satu sahaja yang anda perlu lakukan untuk memenangi... RM 300 atau lebih dalam masa seminit... anda hanya perlu lakukan tugasan yang sangat simple .. tutup mata pon boleh buat... saya cuma pelukan.... anda untuk..........

memasukkan tangan anda kedalam bara api yang bersaiz sederhana...dalam masa satu minit...
 jadi........ ada sesiapa yang berminat???? satu minit je... please lah... tak lama sangat pon.. dapat RM300 kott...tak nak ke???kalau nak.. hubungi saya..... 014-524............................
.
.
.
hah? tak nak try ke?? haha... kalau anda waras... satu saat pon anda tak nak letakkan tangan anda ke dalam api demi RM 300 ... sebab apa ye?? ouh,,,,,, sakit~  anda penah cuba ke?? macam mana anda tahu letak tangan dalam api akan mengalami kepedihan,kesakitan dan kesusahan???

anda percaya Allah?? anda percaya rasulNya?? kalau anda kata "YA".. maka anda kena percaya hari akhirat... kerana kedua2 yang anda percaya itu ( Allah dan nabi Muhammad) pernah berfirman/bersabda tentang hari akhirat....... jadi... ANDA WAJIB PERCAYA ADANYA NERAKA !!!

jadi kenapa mencuri???hanya kerana 10 sen hanya kerana 10 ringgit,,,hanya kerana RM1000... satu badan anda akan dibakar..ulang...SATU BADAN..... dalam api yang besar... ulang.. API YANG BESAR... bukan satu minit...beribu tahun...ulang ..BERIBU TAHUN..... berbaloi ke?? tak takut eh? hurmm... tak takut ye..... mungkin sebab anda tak pernah tengok api besar... yang dihidup kan selama bertahun2?? tahu2 je api besar... bakar rumah orang pon tak sampai satu hari....... jadi.. dalam fikiran anda semua... tak wujud siksaan macam tuh?? hahaha.. anda jangan otak barat sangat...mereka maju dunia... tapi... jahil tetap jahil....

anda katakan pada permulaan entry ini tadi,,, yang anda tak sanggup letak tangan anda dalam api kecil, walau satu minit....demi duit ringgit... jadi... fikir2kan lah... renung2kan lah....

konklusinya..................BERBALOI KE MENCURI?????


Sunday, November 18

jangan berputus asa...

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah


" HIDUP TANPA LAWAN TIDAKLAH TERASA INDAH..HIDUP TANPA MASALAH ADALAH SEPI, SUNYI, DAN MATI.. HIDUP INI AKAN INDAH APABILA ADA MASALAH ... I LOVE PROBLEMS <3 ......."
pernah terfikir tak kalau semua pertandingan yang diadakan oleh mana2 pihak... semua peserta yang menyertai tak akan ada yang kalah... semua menang... --" pihak penganjur cakap:
"pertandingan ni tak akan ada peserta yang kalah... semua yang masuk bertanding... akan menang...sbb... bla2..."

 kalau ade lah pertandingan macam ni... mesti ramai orang nak masuk kan?? ye la.. boleh dapat hadiah senang2 je... free2... tapi... cuba fikir elok2.......... renung jauh2...... berapa orang yang masuk pertandingan ni yang akan berusaha untuk berjaya mendapat tempat pertama????? let us all think...yang kalah ke ... yang menang ke... semua akan dapat benda yang sama.. jadi.. apa point kita nak susah payah dapat tempat pertama??  betul tak??  
"dapat tempat ke berapa pon tak kesah... bukan ada beza pon.. jadi.. tak payah la nak susah2 sangat pergi berlatih"
nampak?? nampak tak impak nya? betapa akan kucar kacirnya dunia kalau tak ada masalah...tak ada competition....tak ada matlamat berjuang....tak ada kesusahan..tak ada apa2 yang boleh kita buat sandaran untuk berjaya.. jadi tak akan wujud usaha.. maka rosak la dunia .. =P

anda sedar atau tidak... kesusahan,kepayahan, kemurungan, kesedihan, kesakitan, parah, pedih, dan segala jenis masalah yang anda hadapi..sebenarnya adalah belas kasihan dari ALLAH! adalah bukti ALLAH sayang kita...bukti rahmat ALLAH kepada hamba2 NYA... sebab apa???kerana semua yang anda perlu lalui...semua yang anda harus tempuhi... akan mengajar,membawa,mendorong anda semua kepada kejayaan.... bilamana ada kesusahan... maka akan timbul usaha bagi menangani masalah.... bilamana ada kepayahan, maka otak2 akan berfungsi untuk mencari jalan penyelesaian.. untuk apa?????? tidak lain dan tidak bukan.... supaya anda BERJAYA!!!

ALLAH jadikan semuanya berpasang-pasangan..
        • ada siang, ada malam... ada terang, ada gelap
        • ada kaya, ada miskin.... ada tuan, ada hamba
        • ada naik, ada turun.... ada yang masuk, ada yang keluar...
        • ada lelaki, ada wanita... ada jantan, ada betina...
        • ada kawan, ada lawan..... ada pandai.. ada bodoh...
        • dan lain2.... (malas nak tulis... hehehe :p )
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, sesungguhnya tiada berputs asa dari rahmat ALLAH melainkan orang2 yang kafir." ( surah yusuf : 87 )