Friday, July 12

mencapai puncak keberanian dengan mendaki gunung ilmu


" jika kamu inginkan dunia.. maka hendak lah dia berilmu..jika kamu hendakkan akhirat maka hendaklah kamu beilmu... dan jika kamu hendakkan kedua2nya (dunia dan akhirat) hendak lah kamu berilmu "

 hadith kat atas ini nak sebenarnya nak bagitahu yang kalau kita nak apa2 pon.. kita kene ada ilmu...ilmu ni terbahagi kepada dua jenis...

1) ilmu yang kita belajar dari orang lain (pengetahuan)
2) ilmu yang ditimba dari persekitaran (pengalaman)

tak payah la kot membahaskan dua2 perkara ni..sebab nanti panjang sangat... okeyh..lets stress on the main topic.. hehe

sebenarnya.. ada satu hari tu datang seorang akhi ( saudara ) ni jumpa saya.. pastu dia tanya soalan yang saya sendiri tak tau nak jawab...

" bang.. macam mane nak komfiden bile cakap kat depan orang ramai huh?.. malu r.. nak nye ramai pulak awek2 cun..hah.. silap la.. lagi tak de suara yang berani keluar dari kerongkong ni "

terdiam la saya..haih~ apa nak bagi jawapan kat budak ni.. lama punya fikir.. teringat pulak dulu2 saya pernah tanya bende yang sama kat kawan saya... haha.. jadi jawapan yang sama la keluar...

"ermm..tak pasti la... abang pon bukan komfiden sangat pon bile cakap kat depan.. tapi akhi nak tahu tak.. ade satu bende yang abang perasan pada waktu2 tertentu dan menimbulkan persoalan... hari tu abang abang ade sekali pernah dengar khutbah jumaat kat surau taman abang... semangat dia sumpah lain macam.. abang sampai nak tido tak boleh tido! sebab khusyuk mendengar khutbah khotib ni.. rasa nak tahu la macam mana dia boleh cakap sampai nak pecah speaker, semangat gila..sampai abg excited dengar ape yang dia sampaikan.. jadi abg tak semene-mene perhatikah setiap pergerakan khotib tu,,, apa yang abang sedar... muka dia penuh dengan komfiden..tapi tangan dia tak berhenti mengeletar.. nervous ..pelik kan?  abang sebenarnya nak cakap mungkin la.. mungkin..sebenarnya bila nak cakap kat depan tu.. kadang2 nervous tu tak boleh nak buang.. tapi apa yang penting kita mesti yakin dengan diri kita, dengan apa yang kita nak sampai kan... dan yakin pendengar akan menerima apa yang kita nak sampai kan........"

"....... abang pernah jugak dengar ..dengan menambahkan ilmu... kita 'kal asad' (berani) "

ye la.. kalau korang nak cakap atau menerangkan bende yang korung dah tahu.. apa yang korunk nak takot kan...kan??

contoh lain: .......   bayangkan tsunami disytiharkan akan melanda kita 10 minit je lagi..dan kita dah tak ade masa nak lari... waktu tu plak gegaran ombak besar dari laut dah terasa.. grrrrrrr ... macam gempa bumi *okey.. mesti susah nak bayang kan.. tak ape.. tp.. mesti ramai yang lari.. ramai lagi yang mencari tempat untuk bersembunyi... ramai jugak yang menjerit2... melalak2...menangis dan sebagainya... macam tu la selau nya keadaan manusia bila tahu tarukh kemusnahan hidup dia.... kenapa jadi macam ni??? sebab diorang tak nak mati la... kenapa tak nak mati?? sebab dioran tak tahu ape itu mati... diorang tak pernah rasa.. orang yang dah mati sebelum ni pon tak sempat nak ajar orang yang hidup tentang kematian kan... jadi.. manusia yang hidup bila tak ada ilmu tentang kematian... maka hilanglah takut lah dia....

kita sepatutnya ingat yang nabi juga menghadapi kematian... malaikat pencabut nyawa datang sendiri jumpa nabi cakap yang dia akan menempuhi kematian... kalau kita la.. datang seorang lelaki baju putih..mengaku dia malaikat izrail yang datang untuk cabut nyawa kita... tak gila ke kita?? tapi nabi Muhammad tak gentar sedikit pon... sempat soal jawab lagi..  sebab apa? sebab ilmu penuh dalam dada... bila rasel Allah ini tahu apa yang dimaksudkan dengan kematian..dan apa yang bakal ditempuh di alam kematian... jadi ada ke nabi menjerit2 minta tolong? ada ke nabi halau malaikat izrail? tak.. dia tenang dan berani hadapi segala2nya....

hebatnya kuasa ilmu........ let us seek 4 knowledge... for Allah... and only for Allah... wAllahu a'lam.....

Monday, May 27

dedicated to si fulan yang susah nak berubah.

assalamualaikum..hari tu ade borak2 sikit ngan kengkawan... pastu dia cerita pasal sorang hamba Allah ni.. try nak berubah .. tapi sebab beberape faktor tertentu.. perubahannya stop tengah jalan.. dan patah balik kepade yang asal... hadoii... tak boleh nak kate ape la... sebab hidayah bukan kita yang punya..

biasa dengar berita macam ni tak?
"changkat jering: seorang lelaki dipercayai lemas jam 8 pagi semalam. sementara itu, si ibu berkata, anaknya tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara sebelum menempuh tragedi malang itu. namun menurut jiran tedekat, arwah baru sahaja dilihat datang solat subuh berjemaah selepas sekian tahun lamanya beliau tidak berbuat demikian"

sebuah persoalan yang perlu dirungkai, mengapa orang susah untuk membuat perubahan? seperti berita di atas, apabila si arwah membuat perubahan dalam kehidupan, kata2 yang keluar daripada mulut masyarakat ialah
"dia dah buang tabiat agaknya"

tak adil kan? perubahan sikap menjadi bahan perbualan kepada perkara yang berlaku.susahnya kalau nak berubah kalau begitu reaksi masyarakat.

sebuah kajian telah dilakukan mengenai faktor kegagalan pelajar2 di univesiti havard. hasil kajian mendapati hanya 7% punca kegagalan disebabkan oleh masalah kekurangan ilmu, kemahiran, dan maklumat. nammun begitu, masalah sikap menyumbang sebanyak 93%  kepada punca kegagalan mereka.

percaya atau tidak, sikap memang susah diubah, tapi itulah perkara utama yang perlu diubah sebelum memperbaiki masalah minor lain.

 ramai orang lain meletakkan orang lain sebagai faktor perubahan dirinya. cuba kita lihat kisah si kurus bangau yang menyalahkan ikan kerana tak timbul sehingga menyebabkan haiwan dalam kumpulan burung itu sentiasa kurus. ikan pula mempertahankan dirinya tidak bersalah dengan mengatakan pada sang rumput yang tumbuh panjang di permukaan air. rumput pula dengan senang hati menyalahkan sang kerbau.. apabila dicari lagi puncanya, kisah panjang itu berakhir dengan kesimpulan ularlah punca segala2nya..

LETIH~

"kami lambat sebab naik kereta kancil je. nanti dapat toyota vios, insyaAllah samoai awal"
 "pelajaran saya merosot sebab tugasan persatuan yang terlalu banyak"
"saya tidak mungkin berubah kalau suami saya begini sikapnya. dia ketua keluarga!!"
"orang atasan perlu berubah dulu, kami akan ikot serta menyokong slogan itu"
ok setelah pengurusan syarikat menukar kereta vios, yang lambat tetap lambat.....
kali ini tiada lagi alasan. alasan jalan sibuk tak mungkin diberi kerana waktu perjalanan masih boleh diatur. akhirnya salah siapa sebenarnya? si ikhwah pula memberi alasan tugasan dakwah melambak kepadanya. apabila tugasannya dikurangkan dan diberi kepada orang lain, tiada jugaperbaikan pada PNGK semester itu. bukan salah tugasan kan?..yang memberikan alasan suami dan ketua syarikat sebagai faktor perubahan diri mereka , tetap selamanya kecewa kerana tak ada perubahan dapat dibuat..

"berhentilah menyalahkan faktor sekeliling.faktor warna kulit, ketinggian , jiran kita dan sewaktu dengannya tidak daapt diubah..kita tidak mampu merubah orang lain.namun kita masih mampu merubah diri kita"..sikap kita.."

#diambil dari sinergi edisi 9

btw, tak ade siape yang nak jadi jahat.. semue nak jadi baik.. dari lahir.. nabi gambarkan bayi tu sendiri seakan kain putih.. kalau anda mengaku diri anda nak kan kejahatan... itu semue dusta.. kebohongan terhadap diri anda sendiri sebenarnya..








Saturday, March 30

tak tau pula ia sangat berharga kepada kami... :p

what?? apa yang tiba2 'berharga' ni.. hee... i wonder..~


sebelum tu...nak minta kemaafan dari semua sebab dah lama tak update "bende"ni.. terutama kepada peminat2 setia saya *pffft (bajet ada la ==").. memaaf sangat2..

Pada suatu hari..secara tibe2.. terlintas dalam fikiran... "semak la perempuan ni..kalau tak ade perempuan dalam hidup ni tak boleh ke?" huuuu~ ganas nyerr! haha..jap..bukan sebab saya tak suka perempuan.. bukan nya disebabkan sikap anti-perempuan.. tp melihat kepada kebejatan sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini...dalam laman sosial, media, tv, radio dan etc... membuatkan saya rasa sebak + stress sampai kan hilang kewarasan buat sementara waktu *astaghfirUllah (just waktu tu je) ..

jadi..lepas tu..otak mula berperoses.. "ape betul ke yang aku cakap ni?" kalau tak de perempuan.......... boleh jadi ke?? dengar macam best.. tp... lepas lama bermujahadah... (nmpak sedap je ayat..padahal mujahadah tu saya tak tau ape maksud dye..haha..maen letak je.. >.< ) .. jadi..... jawapan terakhir dan muktamad...tak boleh!! lelaki macam saya..atau mana2 lelaki..perlukan wanita dalam hidup... *seriesly..

pandangan dan hujah yang paling tak boleh nak dinafikan olah mana2 manusia..walau se anti manapun dia kepada insan yang bergelar wanita ini.... ialah.... mak dia, saya, mereka, kita.. adalah seorang????? huh! pandai pon.. tak lahirnya laki ke siapa2 je la dekat dunia ni..tanpa kehadiran seorang ibu.. dan   ibu = wanita, perempuan, gadis ( <--- gadis?=="...............~ boleh la..) , etc..... itu memang yang ''jelas''....

ada jugak ke yang " bukan jelas " ?? kepada yang anti perempuan.. ketahui lah ... nabi adam yang dulunya pernah menetap di dalam SYURGA ..yang penuh dengan kenikmatan, penuh dengan kebahagiaan..tak ada apa yang tak boleh dia tak dapat.. semua yang dia nak..semau dapat.. semua Allah boleh bagi..tapi...kita kene ingat..nabi Allah itu boleh BOSAN ....boleh SUNYI ..sebab ape? sebab kehidupan tanpa kehadiran TEMAN.... (sebab hawa masih belum dicipta)...then, Allah ciptakan hawa dari tulang rusuk nabi Adam..wow kan? boleh bayang??? huuu... hebatnya wanita ni kan? *wahai perempuan..tak yah nak bangga sangat... :p    boleh jugak syurga jadi bosan sebab tak ade perempuan?? jawapan? tak tau la...sebab ni..berdasarkan logik akal dan fahaman diri sendiri... kalau tak nak terima..itu terserah..tapi kalau fahaman nii sesat....cepat2 la bagi tahu....

itu fahaman yang saya reka.. ni nak reka teori pulak...hehe.. (kalau tak bertepatan dengan syariah,, atau melanggar hukum..atau kesalahan...tolong..tolong bagi tau cepat2...) okey... sebelum tu nak tanya.. laki kejar perempuan ??? ke perempuan kejar laki2??  well... kalau saya ambil jawapan P. ramlee.. dalam cerita "nujum pak belalang" .. itik jantan akan kejar itik betina,... hehe... setuju ke? *terserah la... jadi...kalau laki kejar perempuan... kenape jadi macam tu? ~  berdasarkan fikiran (yang tak pandai mana ni) .. laki yang belum berkahwin..semuanya saya kira sebagai OKU ( orang kurang upaya ) .. orang cacat... yang tak cukup sifat.... sebab apa?? sebab mereka tak cukup satu tulang rusuk..betul lah kan? jadi..sebab tu..selama ni..laki bukan cari perempuan... laki cari kesempurnaan... nabi cakap

"wanita itu perhiasan dunia..dan seindah perhiasa adalah wanita solehah"


semua nya memang logik,.... tak ade manusia baik laki atau perempuan nak salah satu bahagian tubuh badan mereka rosak, buruk, busuk atau kotor.... jadi.... laki mana yang nak memiliki tulang rusuk yang dah busuk?? yang terdedah sane sini.. yang dah kene makan ulat ke,.. haah... jadi..sedar la perempuan..laki nak perhiasan (tulang rusuk supaya sempurna tubuh badan) yang baik2 SAHAJA!!!! jaga lah maruah... laki nak perempuan yang mahal.... perempuan yang jaga maruah adalah perempuan yang paling mahal..bile anda mahal... maka laki mana yang tak appritiate?? beli barang yang mahal sampai 2,3 bilion... ade nak buang tepi jalan???? ingat tu!! (*tabaruj pon tak boleh! menyampah aku tengok!gedik nak mampos...ntah nak bagi tgok kat spe....siket2 tak kesah la....) hahaha... jadi.. renung2 kan lah.. fikir2 kan lah..

.maaf kalau terkasar bahasa... sekadar nak bagi ingatan...wassalam..


Thursday, December 27

islam will online 24/7


 pernah tengok cerita tarzan? lelaki yang duduk dalam hutan tuh.. pernah kan? dalam cerita tu ade part bagitau yang islam akan tetap menang di bumi Allah~

cerita dia sebenarnya macam ni.. dulu mak ayah tarzan ni pengembara...pastu tersesat dalam hutan... masa duduk dalam hutan tu mak ayah tarzan kene serang ngan harimau... mati la..harimau tak perasan tarzan sebab ayah tarzan dah nyorok kan..jadi.. tinggal la tarzan ni sorang2... then.,  ade sekor gorilla betina datang kat tempat tarzan disembunyikan.sebab dengar tarzan menangis... then, she adopted him... hidup tarzan ni lame ngan gorilla dalam hutan.... semua yang gorilla buat dia buat jugak..jalan macam gorilla, makan pon macam gorilla. sebati punye pasal ...sampai dia mengadu kat mak dia... yang dia ni CACAT !.. dia tak ade bulu tapi kawan2 dia semua ada bulu...jari tarzan ada lima..tapi gorilla yang lain ada 4 je... and macam2 lagi la..

satu hari..ade manusia lain masuk hutan tuh..pastu tarzan dapat jumpe sorang pompuan, Jane (macam ni kot eje name) .... pastu jane ngan tarzan bercinta... ( :p weeeekk! ) .. urmm .. n then, jane nak bawak tarzan pergi tempat tinggal dia... tapi ayah jane cakap.. "macam mane nak bawak tarzan ni? dia jalan pon macam gorilla....... "  jane cakap ape??
" tak ape.. walaupun dia hidup dah lama dengan gorilla.. dalam diri dia tetap manusia..dan saya yakin dia boleh berubah jadi manusia"
nak cerita ape sebenarnya kat sini? yes~ kalau dia manusia... ajar dye bwat macam mane pun...dye tetap akan jadi manusia.... sama macam islam.... ALLAH jadi kan islam agama fitrah... memang fitrah manusia untuk islam... jadi... dia disesatkan macam mana pun..kalau dia dibacakan ayat al-Quran... dia akan kembali kepada jalan Allah s.w.t .....Allahuakbar~! this say what? islam akan menang...



tapi.. tak kan nak duduk goyang kaki je? amboi... banyak cengkodok... berjuang la untuk agama...
"barang siapa yang menegakkan agama Allah... maka Allah akan bagi pertolongan"
kalau risau bila berjuang ke jalan Allah akan kene tembak atas kepale... siapa yang menguruskan hal hidup dan mati? kalau risau harta akan dirampas kesemuanya... siapa yang bagi rezeki?  tak semestinya berjuang di jalan Allah kene masuk perang... semua bende yang berkaitan menegakkan agama Allah..termasuk tulis blog nak sebar ilmu ( hehehe ^.^ ) juga termasuk berjuang untuk agama... kan? ( ye la .. ingat senang ke nak tulis blog ni?? demam seminggu tau.. haha) ... tapi niat kene betul jugak..
"jihad paling besar ialah jihad melawan diri sendiri (nafsu)"





so readers....  dakwah tak susah bile tau yang islam memang ade dalam diri sesiapa je.... kan? betol... gosok gigi pon dikire dakwah jgak tau... suatu amalan yang baik...orang lain tengok dan ikot... dakwah le tuh~~ in syaa Allah tak susah.. let us.. to the jannah ~



Monday, December 3

kalau Tuhan tu baik, nape DIA ciptakan NERAKA?

kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.



Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."


Wednesday, November 28

Masa Itu Emas?



selalu kita dengar orang2 ckp...yang masa ini sangat berharga.. hehe.. ya... sangat tidak dinafikan.. rasa macam kalau boleh lah satu hari tu nak lebih dari 24 jam.. nak satu minggu tu lebih dari 7 hari... nak dalam satu tahun lebih dari 12 bulan.. ..... betul tak?   saya nak tanya satu soalan...macam mana boleh terciptanya ayat "tolong hargai masa" ? kenapa perlu hargai eh?... yes~ sebab kita semua tahu yang masa itu sangat singkat..dan kalau kita bazirkan... akan rugi sangat2..orang kata...
"MASA ITU EMAS"

masa itu emas? betul ke masa itu emas?? maaf... masa itu emas     masa itu bukan emas.... saya dari kecil dengar ucapan ni..saya cuba mencari kebenaran kata2 ini....malangnya... kalau saya ada segunung emas pon....saya tak tahu kat mana ada jual masa..saya tak tahu siapa yang boleh jual masa kepada saya..saya tak tahu nak cari kedai yang ada stock yang boleh bawak saya balik walau satu saat kebelakang...jadi...kita sebagai umat islam... menganggap masa lebih dari itu... dari sudut islam...
"MASA ITU NYAWA"
aik? nyawa?? hehe.. keliru ke? maaf la... masa... setiap yang telah berlalu..tak akan kembali.... nyawa......setiap yang berlalu tak akan kembali... jadi... MANA BEZANYA????  saya seru kepada semua sahabat..rakan..saudara2.... tolong lah.... tolong sangat2......................... jangan buang nyawa anda.... jangan biarkan nyawa anda dibazirkan... guna lah sebaik mungkin.... facebook tak salah., game tak salah, televisyen tak salah...yang salahnya ialah anda kerana menggunakannya dengan cara yang lalai....anda lupa kepada masa!!! anda lupa kepada nyawa anda!! alpa dan leka...dibuai rasa asyik kepada dunia yang fana, sementara...tiada faedah tiada berguna.....kkk...stop ==" #ape la yg merepek ni...mcmbuatsajak....hahaha...



orang cakap.... semakin lama hidup...semakin dekat kita dengan kubur... jadi... nak ke kita mati dalam keadaan yang kotor,busuk,tak suci,hina, utk bertemu Yang Maha Esa? berjumpa denganNya membawa tangan yang kosong? tak malu ke nanti?? fikir la adik abang...nak tunggu kiamat baru na taubat?? sorry la saya cakap...sumpah tak sempat... renung2kan lah.. hidup hanya sekali... jauhkan diri dari perbuatan yang keji...kepada Allah kita dekatkan diri... moga2 bertemu di syurga nanti #pantunplak==...hadoi...  hahhahaha...

Monday, November 26

berbaloi ke?




kehadapan semua readers yang sedang membaca entry ni.. saya nak buat satu pengumuman....


kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat wang tunai sebanyak RM 300 per minit.... anda hanya perlu hubungi saya... saya tak tipu... sumpah saya akan bagi RM 300... kalau nak up kan lagi pon tak apa... ini bukan skim cepat kaya... saya tak buat perkara2 seperti itu... cuma. terdapat satu sahaja yang anda perlu lakukan untuk memenangi... RM 300 atau lebih dalam masa seminit... anda hanya perlu lakukan tugasan yang sangat simple .. tutup mata pon boleh buat... saya cuma pelukan.... anda untuk..........

memasukkan tangan anda kedalam bara api yang bersaiz sederhana...dalam masa satu minit...
 jadi........ ada sesiapa yang berminat???? satu minit je... please lah... tak lama sangat pon.. dapat RM300 kott...tak nak ke???kalau nak.. hubungi saya..... 014-524............................
.
.
.
hah? tak nak try ke?? haha... kalau anda waras... satu saat pon anda tak nak letakkan tangan anda ke dalam api demi RM 300 ... sebab apa ye?? ouh,,,,,, sakit~  anda penah cuba ke?? macam mana anda tahu letak tangan dalam api akan mengalami kepedihan,kesakitan dan kesusahan???

anda percaya Allah?? anda percaya rasulNya?? kalau anda kata "YA".. maka anda kena percaya hari akhirat... kerana kedua2 yang anda percaya itu ( Allah dan nabi Muhammad) pernah berfirman/bersabda tentang hari akhirat....... jadi... ANDA WAJIB PERCAYA ADANYA NERAKA !!!

jadi kenapa mencuri???hanya kerana 10 sen hanya kerana 10 ringgit,,,hanya kerana RM1000... satu badan anda akan dibakar..ulang...SATU BADAN..... dalam api yang besar... ulang.. API YANG BESAR... bukan satu minit...beribu tahun...ulang ..BERIBU TAHUN..... berbaloi ke?? tak takut eh? hurmm... tak takut ye..... mungkin sebab anda tak pernah tengok api besar... yang dihidup kan selama bertahun2?? tahu2 je api besar... bakar rumah orang pon tak sampai satu hari....... jadi.. dalam fikiran anda semua... tak wujud siksaan macam tuh?? hahaha.. anda jangan otak barat sangat...mereka maju dunia... tapi... jahil tetap jahil....

anda katakan pada permulaan entry ini tadi,,, yang anda tak sanggup letak tangan anda dalam api kecil, walau satu minit....demi duit ringgit... jadi... fikir2kan lah... renung2kan lah....

konklusinya..................BERBALOI KE MENCURI?????


Sunday, November 18

jangan berputus asa...

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah


" HIDUP TANPA LAWAN TIDAKLAH TERASA INDAH..HIDUP TANPA MASALAH ADALAH SEPI, SUNYI, DAN MATI.. HIDUP INI AKAN INDAH APABILA ADA MASALAH ... I LOVE PROBLEMS <3 ......."
pernah terfikir tak kalau semua pertandingan yang diadakan oleh mana2 pihak... semua peserta yang menyertai tak akan ada yang kalah... semua menang... --" pihak penganjur cakap:
"pertandingan ni tak akan ada peserta yang kalah... semua yang masuk bertanding... akan menang...sbb... bla2..."

 kalau ade lah pertandingan macam ni... mesti ramai orang nak masuk kan?? ye la.. boleh dapat hadiah senang2 je... free2... tapi... cuba fikir elok2.......... renung jauh2...... berapa orang yang masuk pertandingan ni yang akan berusaha untuk berjaya mendapat tempat pertama????? let us all think...yang kalah ke ... yang menang ke... semua akan dapat benda yang sama.. jadi.. apa point kita nak susah payah dapat tempat pertama??  betul tak??  
"dapat tempat ke berapa pon tak kesah... bukan ada beza pon.. jadi.. tak payah la nak susah2 sangat pergi berlatih"
nampak?? nampak tak impak nya? betapa akan kucar kacirnya dunia kalau tak ada masalah...tak ada competition....tak ada matlamat berjuang....tak ada kesusahan..tak ada apa2 yang boleh kita buat sandaran untuk berjaya.. jadi tak akan wujud usaha.. maka rosak la dunia .. =P

anda sedar atau tidak... kesusahan,kepayahan, kemurungan, kesedihan, kesakitan, parah, pedih, dan segala jenis masalah yang anda hadapi..sebenarnya adalah belas kasihan dari ALLAH! adalah bukti ALLAH sayang kita...bukti rahmat ALLAH kepada hamba2 NYA... sebab apa???kerana semua yang anda perlu lalui...semua yang anda harus tempuhi... akan mengajar,membawa,mendorong anda semua kepada kejayaan.... bilamana ada kesusahan... maka akan timbul usaha bagi menangani masalah.... bilamana ada kepayahan, maka otak2 akan berfungsi untuk mencari jalan penyelesaian.. untuk apa?????? tidak lain dan tidak bukan.... supaya anda BERJAYA!!!

ALLAH jadikan semuanya berpasang-pasangan..
        • ada siang, ada malam... ada terang, ada gelap
        • ada kaya, ada miskin.... ada tuan, ada hamba
        • ada naik, ada turun.... ada yang masuk, ada yang keluar...
        • ada lelaki, ada wanita... ada jantan, ada betina...
        • ada kawan, ada lawan..... ada pandai.. ada bodoh...
        • dan lain2.... (malas nak tulis... hehehe :p )
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, sesungguhnya tiada berputs asa dari rahmat ALLAH melainkan orang2 yang kafir." ( surah yusuf : 87 )







Saturday, October 29

Wanna know about me?


keyh..ni blog aq yg ke-2..na cter pasal khidupan yg sy lalui kott..(at least itu larh yg dcadang) ..pape pon sebagai sahabat... kte kene saling dekat kan dri kte kn? sbb...

daripada Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a(pembantu rumah nabi Muhammad S.A.W, junjungan kite, bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda..


"tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri...." (HR Bukhari Muslim)

so, ta kesah sgt lah sy ni utk berkongsi sedikit sebanyak tentang diri sy.. so.. this is me:


Ahmad Ashraf Bin Ghazali
Syeikh Masyari Rasyid Al-Afaasi
19 mei 1996 (da besar pnjg da skunk ny)
Hospital Besar Selangor
Tadika CahayaKu, Bandar Baru Bangi (1999-2000)
SK Jalan 4,Bandar Baru Bangi (2001-2005)
SK Wira, Kuantan (2005-2008)
SMK Seri Mahkota, Kuantan (2008)
SMK Sultanah Hajjah Kalsom (2008-Now)
960519-10-5481
Main Game, Bace novel, Tmbh kwn :)
Ustaz, Engineer, Saintis
purple &  hijau..
flight_simulator96@yahoo.com (FB)
teenage_mujahidin@yahoo.com(YM)
 muslim! 4ever!



hurm..ta menarik la plak wrne dye..ta pe la.. na wt cmne..owg ta berseni..hurm...keyh.? kongsi la ilmu @ www.ashabul-kahfiey,blogspot.com (blog sy yg pertame..)